14 Julai 2010

kembali bertugas...

Mual-mual dah semakin reda... pening-pening pun semakin kurang... :) tapi badan masih terasa lemah lagi... sekarang nie dah nak masuk minggu ke-13... maksudnya dah 3 bulan lebih membawa perut dan secara fizikal nyer mempamerkan sedikit perubahan terutama bahagian perutku nie... ermmmm... menurut pakar, dalam minggu ke-13 nie kepala bayi akan membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi dalam anggaran kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah ibu berbintik-bintik. Ibu perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Ermmm... seronok juga menimba pengalaman macam nie... tapi kadang-kadang terpikir juga... mampukan mengharungi hari-hari yang mendatang nie... maklum lah ini kali yang pertama... harap-harap dapat ku tabahkan hati dan kentalkan semangat meniti pengalaman ini bersama insan tercinta dan yang paling penting, kembali bertugas untuk suami tercinta... huhuhu :)

08 Julai 2010

Cupp...

Umum mengetahui tidak semua manusia akan memiliki ilmu yang sempurna... tetapi setiap manusia akan sempurna kiranya terus mengejar ilmu tidak kira dengan apa cara sekali pun... :)PENGALAMAN adalah guru yang paling setia dengan kita tatkala kita menempuhi kehidupan ini... ia juga yang akan menjadikan setiap ilmu itu bermanfaat atau tidak kepada kita... so... jangan takut untuk memperolehi PENGALAMAN meskipun kita tahu ianya amat memeritkan kita... huhuhu... ( pesanan untuk diri sendiri sebenarnya...)

05 Julai 2010

Assalamualaikum...

Salam sicomel untuk semua... diharap dengan kehadiran blog ini dapat saya berkongsi dengan kalian semua soal-soal penjagaan bayi, juga berkongsi kisah-kisah serta keperluan-keperluan bayi memandangkan saya pun baru saja melangkah kedunia 'berbadan dua' (baru 3bulan... huhuhu). Diharap sama-sama kita berkongsi segala pengalaman suka duka kita bersama sicomel sejak dari dalam rahim sehingga meniti proses pembesaran sicomel kita. :)